Monday 16 March 2009

TEMPAT YANG INGIN DIKUNJUNGI


Kalau diberi pilihan di dalam dunia, selain dari Mekah ada beberapa tempat yang teringin aku kunjungi. Ada antaranya telah pun aku lupakan dari kotak ingatanku. Lantaran wang Malaysia yang makin kecil dan aku merasakan agak terlalu sukar untuk ia menjadi realiti.


Semasa kecil, aku seorang yang suka membaca. Malah ketika umurku 10 tahun, aku telah pun membaca novel-novel "besar" karya A. Samad Said, Kelana Rawan, Usman Awang DLL. Ada suatu buku cerita pendek bertajuk "Belayar ke England", buku ini ini ku baca pada umurku +- 11 tahun, ianya suatu karya yang mudah mengisahkan sekumpulan keluarga Melayu yang mengikut bapanya menjadi tenaga pengajar di Maktab Perguruan Kirby, England. Pada malangnya aku telah lupa siapa pengarangnya dan aku pernah mencari buku tersebut di DBP, malangnya buku keluaran tahun sebelum merdeka tidak dapat dikesan dalam sistem komputer.


Minat untuk merantau ke England kembali menjelma dalam tahun 1987 apabila seorang dari pensyarah aku di MPSI bercadang untuk membuat lawatan dengan kerjasama British Council, malangnya, pensyarah tersebut bertukar, kalau tidak silap namanya Encik Jamaluddin.


Selepas berkahwin, aku hanyalah seorang guru sekolah rendah yang berpendapatan rendah, jika dibandingkan dengan tahap sekarang boleh dikategorikan di bawah paras kemiskinan. Semasa itu juga aku memelihara anak saudaraku Naqib. Disebabkan sebok dan leka dengan anak (Naqib), aku sekali lagi melupakan hasrat tersebut. Namun pada ketika itu, aku telah menabung beberapa ringgit sehari yang diisi dalam tin bekas minyak Yuyi yang Naqib gunakan bila perutnya kembung. Sasaranku ialah aku akan "backpacker" ke England. Kisah ini berlaku dalam tahun 1997. Aku memang teramat ingin untuk mengunjungi beberapa tempat terutama di Old Stukly (tempat Tunku tinggal semasa beliau remaja), aku ingin naik keretapi menyusuri ladang-ladang dalam musim bunga (aku sempat berada di hujung musim bunga kemudiannya dalam tahun 2006 di Amman, Jordan). Aku ingin merantau ke Sheerwood Forest sepertimana yang ku baca dalam Robin Hood.


Dalam tahun 1997, aku menyambung pelajaranku di UPM. Simpanan tersebut terpaksa aku gunakan untuk membayar yuran. Aku menyambung belajar ketika umurku agak lanjut dan ketika itu belum lagi adanya PTPTN. Sekali lagi harapan tinggal harapan.


Tahun 2002, aku belajar lagi untuk peringkat Sarjana tapi pada masa itu aku telah beberapa kali ke luar negara. Biarpun sasaran hanyalah negara-negara miskin di dunia. Aku ke China, Sri Lanka dan India. Mungkin terlalu pelik jika aku katakan aku hanya makan apa yang disediakan oleh pihak hotel atau package. Di China aku masih ingat aku mengisi perut dengan ubi bakar yang dijual dari kereta sorong dalam kedinginan salji di bawah paras beku. Di India aku banyak membeli roti dan pisang yang harganya amat murah. Isteriku hairan apabila aku mengatakan semua belanja shopping dan makan tak sampai RM500. (Malangnya semasa aku membawanya menunaikan umrah, melalui Jordan, kami habis hampir RM1000!!)


Dalam tahun 2004, aku terlibat secara aktif dalam Persatuan Sejarah dan aku pernah ingin membuat satu penyelidikan tentang survival orang Melayu di Liverpool. Aku banyak membuat pembacaan tentangnya. Malangnya apabila umur yang tua terlalu sukar mencari penajaan. Aku mula belajar dari ijazah pertama hingga sekarang berura-ura untuk menyambung phD semuanya dengan belanja sendiri. Itulah kadang-kadang aku merasakan begitu sedih bila ada manusia yang ditatang penuh oleh kerajaan; dari kecil anak hingga tamat phD tapi bila kembali penuh dengan maki hamun kepada kerajaan. Kalau betul tak setuju dengan dasar-dasar kerajaan, kenapa perlu menerima sesuatu yang datang dari tempat yang dianggap tidak baik. Ini umpama apa yang terjadi "berak di mangkuk pinggan".


Aku dapat tawaran ke USM lagi untuk phD dan aku tercari-cari di mana pembiayaan yang dapat aku gunakan. Aku tanya kawan-kawan yang sealiran, mereka katakan fully research, tentu saja memerlukan duit yang banyak. Aku ada sedikit pengalaman semasa buat master dulu. Namun aku percaya dengan janji Tuhan, setiap kesukaran itu, pasti ada kemudahannya.


Berbalik kepada cita-citaku ke England, tahun lepas seorang kawan Wan Idrus pernah mengajak aku backpacker ke England dan Europe. Bila di congak belanjanya untuk 10 hari aku akan habis 6 - 7 ribu, sekali lagi terbantut. Umurku semakin meningkat, keutamaan ke Mekah untuk haji adalah menjadi keutamaan.


Setakat sekarang negara yang paling kerap aku kunjungi bersama keluarga hanyalah Selatan Thai. Malah Sabtu lepaspun aku ke sana lagi. Di sana semuanya murah, orangnya peramah dan ku kira ianya selamat. Mungkin aku tak berani merayau di Chow Kit jam 12 mlm, tapi di Hatyai 12 mlm masih meriah dengan orang berjual beli.


Terbaru aku diajak lagi ke Uzberkistan, ke Moscow dan ke Korea, tapi bila ku kenangkan belanja nak sambung belajar, cita-cita nak beli almari buku dan situasi ekonomi sekarang, tawaran itu hanyut begitu saja........


Aku mempunyai koleksi buku yang ku beli, photostat atau pemberian orang yang ku kira sangat bernilai tapi malangnya kesedaran membaca tidak begitu meluas di kalangan orang Malaysia. Di Malaysia orang tinggalkan emas dan tanah untuk anak cucu dan bukan buku atau kitab atau catatan pengalaman macam orang putih dan orang Arab. Di Malaysia, kejayaan seseorang disukat dengan saiz rumah, kereta dan mungkin perabot mahal, tentu saja tidak pernah ditanya berapa banyak almari buku atau kitab yang disimpan. Di sini aku minat dengan tabiat membaca Tun Mahathir dan Sanusi Junid, tak banyak orang boleh buat macam mereka. Ada koleksi bukuku yang telah berusia hampir 100 tahun dan aku juga ada salinan manuskrip yang umurnya lebih dari 100 tahun. Ku kira jika anak-anakku pandai menggunakan di hari depan, mereka tidak akan mengalami kepayahan atau kekaburan dalam mencari jalan kehidupan. Mereka tidak akan mudah menerima apa saja pandangan atau sogokan sepertimana dunia hari ini.


BERSAMBUNG DI KALA NANTI AKU ADA MOOD MENULIS PULA....

Wednesday 25 February 2009

ACU ACCIDENT

Semalam kami sekeluarga terkejut besar bila acu telefon dan dalam tangis bagi tau yang dia accident. Kami pun panik sekejap. Ingatkan teruk la accident tu disebabkan tangisnya. Rupa-rupanya taklah teruk sangat. Sesuai dengan pepatah Azizi, "cakap pandai, keling lebih". Lepas tu kami pulak tak larat pekup telinga bila mak pulak radio transistornya... menyanyikan lagu-lagu leteran.
Pengajarannya acu, lepas ni, segala maklumat pasai kereta tu kena simpan. Jangan tau naik saja. Nasib baik nama ada sebagai second driver. Macamana pun lepas ni Savvy kena ganti dengan Mazda 1000 la, sementara nak pebaik. Waaa.....
Kalau takat Mazda tu, langgarlah tiang mana pun, sondol lembu pun tak pa, jangan belah orang sudah, Chaq tak marah... kalau hanyut sungai pun tak kutip dah.....